Search This Blog

Saturday, December 31, 2016

Selamat Tahun Baru 2017

Untuk menerokai pasaran antarabangsa, langkah pertama adalah usahawan perlu ada azam dan minat untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara serta mempunyai sikap yang positif untuk melalui proses persediaan untuk eksport.

Apa yang sudah tersedia adalah produk dan perkhidmatan yang usahawan sudah bangunkan untuk pasaran tempatan dan sudah sedia terjual. Walaupun begitu pasaran tempatan agak terhad dengan bilangan pengguna yang kecial dan bilangan pesaing yang tinggi. Terlalu ramai usahawan yang mengekuarkan produk dan perkhidmatan yang sama dan bersaing sesama sendiri untuk merebut pengguna tempatan yang hanya kecil seramai 30 juta. Mengapa tidak keuar dari kepompong dan merebut pasaran luar yang mempunyai 7 billion pengguna.

Produk sudah ada, perkhidmatan pun sudah ada. Apa yang perlu sekarang adalah bagaimana untuk menyediakan produk dan perkhidmatan ini untuk pasaran antarabangsa. Sebelum itu, bagi pasaran tempatan sudah ada keperluan dan specifikasi yang perlu diikuti untuk memperolehi piawaian dan standard bagi pasaran tempatan. Ini adalah penting kerana ini adalah langkah awal untuk menyediakan produk atau perkhidmatan ke luar negara.

Bersambung...

Tuesday, December 27, 2016

Lama tidak post atas sebab kesibukan tugas harian.
Melihatkan keadaan ekonomi semasa dengan pelbagai isu yang melanda beberapa tahun kebelakangan ini seperti kejatuhan harga minyak, ketidak stabilan pergerakan matawang asing serta isu isu geo politik telah merubah trend pengguna global. Isu isu ini secara tidak langsung telah menyebabkan kos kehidupan yang semakin meningkat dan akibatnya juga telah menimbulkan masalah sosial. Begitu juga kos perniagaan juga semakin meningkat yang menyebabkan setengah perniagaan terpaksa ditutup atau mengalami pendapatan yang semakin betkurangan.

Walaupun begitu, peluang-peluang perniagaan masih ada dan perlu terus diterokai oleh syarikat-syarikat kecil dan sederhana. Pasaran domestik adalah terhad jadi pasaran luar yang lebih luas perlu ditinjau dan disasarkan untuk perkembangkan perniagaan.

Adalah mudah untuk menyatakan bahawa pasaran luar atau yang dikenali sebagai pasaran eksport adalah amat besar dan banyak potensinya. Tetapi proses atau langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membolehkan produk atau perkhidmatan dapat merentas sempadan adalah penuh dengan ranjau dan duri. Proses ini perlu untuk memastikan peniaga atau usahawan bersiap sedia untuk bersaing dengan pelbagai produk dan perkhidmatan dari lebih daripada 200 buah negara di seluruh dunia.

Bersambung..