Search This Blog

Sunday, January 1, 2017

Terdapat pelbagai agensi kerajaan yang boleh membantu usahawan usahawan tempatan untuk menyiapkan diri bagi perniagaan eksport. Agensi agensi ini menawarkan perkhidmatan dalam pelbagai aspek seperti program latihan asas asas menjalankan perniagaan, program pembangunan dan pemasaran produk, program pensijilan dan penglabelan dan program pemasaran ke pasaran antarabangsa. Ada juga agensi agensi yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk geran atau pinjaman mudah bagi membantu usawan dalam aspek aspek tertentu termasuk pengeluaran, teknologi, pembangunan produk, persijilan dan penglabelan serta pemasaran.

Bantuan-bantuan yang ditawarkan ini akan dapat membantu usawahan untuk mengurangkan kos operasi walaubagaimanapun usahawan perlu mempunyai minda progresif untuk memanafaatkan bantuan ini dengan menumpukan usaha untuk memperkembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa. Segala bentuk bantuan ini tidak akan dapat membantu usahawan maju kedepan sekiranya bantuan seratus peratus diharapkan dari pihak agensi terbabit. Minda yang progresif dan pelabiran sendiri juga diperlukan agar usahawan dapat memberikan satu komitmen kukuh untuk mamajukan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi.